Sunday, December 13, 2009

BTN

skrg tgh hangat diperkatakan psl BTN ni. BTN itu,BTN ini...

Ada pihak ckp BTN tak elok,BTN menghasut dan BTN bersifat perkauman....Betul k? Org2 yg ckp begitu,mereka pnh g BTN k?As for me, i really enjoy it.Tak nyesal n tak rugi pengorbanan yg aku lakukan semata-mata nk pg BTN. Banyak pengajaran yang aku dpt.bile tnyer kwn2 yg sama BTN ngan aku pun,dorg sependapat ngan aku.Sgt terkesan la kt jiwa ni betapa pentingnyer negara kepada kita.

Fasilitator2 berjaya menerapkan semangat patriotiok dan semangat cintakan negara ke dlm jiwaku ni. Sblum ni myb kita alpa. Mantan PM pun pnh ckp.."Melayu Mudah Lupa".Lupa pada pengorbanan org2 yg terdahulu yg berusaha dgn susah pyh untuk bebaskan negara kita dr penjajah. Sudah lupa pd mereka2 yg pnh berkorban segalanya utk negara. Juga lupa Malaysia adalah Tanah Melayu. Sptutnya kita mendaulatkan MELAYU tu sdr,tp kita?Entahla... Beratus tahun dijajah,br 52 tahun merdeka. Dan kita bersedia untuk dijajah lg k?

Bile setiap ari diasak dgn cerita2 n peristiwa kemerdekaan,aku rs sgt2 beruntung kerana dilahirkan dlm zaman yg sdh merdeka. Kami disajikan dgn cerita Hati Malaya.Sgt seronok menonton filem tu. Sebelum ni aku igtkan cerita ni sgt bosan sbb tu lah tak g menonton pun.Tp bile dh tgk,rs menyesal lak tk g tgk kt panggung. Dari cerita beginilah, kiter dpt bygkan situasi sblm kemerdekaan dan bagaimana sshnya Tun Abdul Rahman menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Bagaimana Dato' Onn berkorban utk memajukan org2 Melayu. Kite generasi muda yg masih belum dilahirkan di ketika itu, sepatutnya menonton cerita2 begini supaya kita insaf dan menimbulkan kesedaran dlm hati kita akan pentingnya sumer rakyat bersatu padu. bukan senang nak menyatupadukan kesemua bangsa. Tapi skrg? Sgt senang kita nak memecahkan bangsa kita sdr.


Bukan takat berpecah belah antara kaum, tp antara kaum sdr pun dh berpecah belah. Melayu bergaduh sesama melayu. Negara Malaysia dikenali seluruh dunia. Bile kiter bergaduh sesama sdr,p olitik bergoyah, kuasa luar hanya menunggu peluang untuk campur tgn dlm urusan negara kita. Hendak k kita dijajah sekali lg?Aku sgt takut bila mana disuakan dgn video2 kemusnahan Palestin dan juga Iraq. Sgt takut kalo2 negara kita pun menerima naseb yg sama. Wahai kaum ku sekalian, jgnlah kita bertelagah sesama sdr lg. Bersatu padulah untuk mendapatkan kehidupan yg aman dan damai. Kuasa di dunia hanya sementara....


bagi aku, BTN bertanggungjawab untuk menyedarkan kita supaya sygkn negara kita,bukannya bersifat perkauman. Sebenarnya semua ini bergantung pada penerimaan seseorg itu. Aku menerima BTN dr sudut positif. Mungkin ada yg menuduh perkauman biler menyentuh hak keistimewaan org Melayu dan kedaulatan Melayu di bumi Malaysia. Tp itu bukan soal sensitif. Itu adalah realiti. Mmg dh termaktub dlm sejarah n Kontrak Sosial negara kita. Mmg Malaysia adalah tanah kepunyaan org Melayu dan org Melayu yg memberi kelonggaran kepada org2 bukan melayu untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan disbbkan kiter menuntut kebebasan dari British. Jadi soal tidak adil tidak wujud sama sekali. Jika sumer org tunduk pada perlembagaan, maka isu tidak puas hati tidak timbul. Perlembagaan adalah bapa kepada perundangan di negara kita, jadi sewajibnya semua org merujuk kepada perlembagaan sebelum melakukan ataupun menuntut hak mereka dalam MALAYSIA.


Andai kalian yg membaca entry aku kali ini,beranggapan aku patriotik,aku terima dgn dada yg lapang. Aku mengaku, balik dr BTN,timbul kesedaran. Bukan disbbkan pengaruh dari org2 BTN tp sbb aku sedar, aku adalah rakyat bg negara yg bertuah, NEGARA MALAYSIA. Dan aku mengimpikan negara yg sentiasa aman damai seperti skrg dan bukannya menjadi negara yg porak peranda yg berperang saban hari tak kira siang atau malam..Dan aku tidak setuju sama sekali BTN dimansuhkan sebab ia dah berjaya menyedarkan aku. Aku percaya bukan aku sorg sj yg sdr n faham ttg sejarah negara. Masih ramai lg yg berjaya disedarkan oleh BTN. Pada mereka yg tidak berhenti mengasak kerajaan supaya mansuhkan BTN, hentikanlah. Byk lg bender yg korg boleh sarankan kepada kerajaan. Sarankanlah sesuatu yg boleh mendatangkan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oh ya, di Kem Mega Crystal, facilities kurang memberangsangkan.Maklumlah dah nama pun kem kan. 3 hari pertama di sana, aku terpksa buang kesemua susu yg telah dipam sbb ketiadaan peti ais yg boleh membekukan susuku.Yg ader hanyalah peti ais yg dh rosak bahagian freezernya. So dgn hati yg berat,aku terpksa pam n buangkan aja susu2 tu sumer.klao tak pam lgsg kang terus kering plk. 2 hari terakhir j aku simpan sbb susu kiter boleh tahan 72jam kalo dlam keadaan suhu sejuk kan?So sempatlah aku balik n bekukan dalam peti ais rumahku plk..huhuhu..

tak byk yg boleh dibw balik kali ni. hanya cukup utk 10x feeding j. Tak terganti susu2 yg telah digunakan oleh ammar semasa ketiadaan ku. lgpun aku tak dapat pam byk kali kt sana sbb masa sgt suntuk. Tak cukup masa untuk aku lakukan aktiviti mengepam. Aku hanya pam pukul 5.30am,kul 1.00pm dan kul 7.oopm. 3x sehari j. takpelah jnji ader jgk bekal yg boleh dibw balik..huhuhuh...

2 comments:

Sharini aka Ummi Khayra said...

Zie, aku pun sependapat dengan ko. walaupun aku tak pegi, ntah nape aku dr dulu lg mmg ada perasaan itu.. :P Bab hak org melayu tu pun aku setuju. Kenapa mesti mempersoalkan benda tu. Kadang-kadang aku rs sedih bila org melayu sendiri tak suka dgn perlembagaan tu yg kononnya nk sama rata. Nak cakap byk pun tak boleh :P

norsuzila said...

kiter berhak ckp apa sj yg kiter nak...kiter boleh suarakan apa yg kiter tak puas ati tp jgnlah sampai mencabar perlembagaan kan? Org2 skrg dah makin otai. Sume rpun nak lawan..huhuhu