Tugasan seharian mengundang tahap kestressan yang makin hari makin teruk rasanya. Stress dengan kerja, stress dengan rakan sekerja, stress dengan boss, orang atasan dan macam-macam lagi la..bukan nak merungut tapi aku kesian dengan famili aku especially 2 orang permata hati anugerah Allah yg paling bernilai dalam hidupku...yang masih belum memahami masalah orang sekitar mereka.
Aku ni jenis bangsa yang sukar nak menguruskan emosi sendiri. Di ofis, aku masih boleh kontrol marah, masih boleh kontrol suara, dan masih boleh kontrol situasi..Cume sebab terlalu kontrol emosi di ofis, aku alami stress yang bile dah sampai kat rumah takleh nak kontrol dah.. pantang salah sikit mulalah nk melenting.badan pulak penat driving almost 1 jam++ dengan jammed nyer lagi mulalah emosi menguasai diri.
Aku faham anak-anak perlukan perhatian maklumlah seharian di tadika dan nursery..malam je baru boleh bermanja dengan mama n papa.tapi mamanya jadi singa garang la pulak..huhuhu...Aku perlukan masa untuk diri sendiri untuk mandi, makan , solat etc...kalau time papanya ada,aku takderlah penat sangat tapi sekiranya papa dorg outstation,mulalah aku rasa dunia aku sangat haru biru..dari celik mata subuh hari sampailah pejam mata nak tido di malam hari..sangatlah hectic..huhuhuh.
Terima kasih pakcik google...
Kemuncak stress aku dengan boss minggu lepas sampai aku hilang hormat pada boss aku tu..Siap boleh tengking boss ...hohoho..entah dari mana la keberanian aku tu datang. Bile dah kiter rasa teruk sangat dan emosi takleh dikontrol langsung,begitulah jadinya..Susah aku nk jadi manusia yang selalu "YESS BOSS"...mmm...taknak cerita pasal boss dah...terbayang muka dier buat aku makin stress...muahaha..
seperti halilintar mebelah bumi...thank you again pakcik google
Marah dengan en somi takpelah gak sebab masing-masing dah tua..en somi dah faham sangat isterinya ni memang pemarah dan pembebel...dah penat marah nanti dier tanya la aku kt ofis duk pedam perasaan tak puas hati dengan sapa..seb baik member faham yang aku nih tengah stress dengan orang lain..so ada give n take.tapi kadang-kadang member tak tahan jugak dengan bebelan aku,bergaduh la jugak.maklumlah lagikan lidah pun tergigit ..ye dok..huhuhu..
owh..nampaknya entry ni makin menjela panjangnya...have to stop here.kalo tak lagi banyak aku merapu yang entah pape pulak nanti..
Kesimpulannya sekarang ni AKU TENGAH STRESS sebab terpaksa uruskan anak-anak dan rumah berseorangan sebab en somi outstation for almost 2 weeks. terpaksa tido lambat sediakan barang-barang budak berdua nak bawak gi sekolah nursery n nak iron baju gi ofis dan bangun awal-awal uruskan ammar nak pegi sekolah.kalo dulu angkat j time tengah tido tapi sekarang abang ammar wajib dimandikan dahulu.Lain kali la aku cerita pasal sekolah ammar dan amni...entry ni tak sesuai nak selitkan cerita pasal sekolah anak-anak syorga tu....adios
No comments:
Post a Comment