Wednesday, January 30, 2013

saya rindu awak...

dah seminggu i dan anak-anak ditinggalkan oleh seseorang yang kami sayangggg sangat-sangat...uhuk uhuk..

oh ya...en somi aku iaitu bapa kepada ammar dan amni outstation lagi..dah seminggu kami ditinggalkan tau...in syaa allah peninggalannya akan berlanjutan lagi seminggu.waaaa...dier ni kan kalo outstation tak reti nak sekejap..paling-paling pun 10 ari..alahai...S.Y.M.P la sangat...

so,dengan ini aku nak isytiharkan kat sini bahawasanya :

Aku rindu suami aku weii..cepat ler balik...aku penat uruskan rumahtangga sorang-sorang(ini motif utamanya..ekekek)....




semoga kebahagiaan ini berkekalan selamanya..amiinnn..

Sunday, January 27, 2013

How does stress affect my mood..

Aku stress!!!

Tugasan seharian mengundang tahap kestressan yang makin hari makin teruk rasanya. Stress dengan kerja, stress dengan rakan sekerja, stress dengan boss, orang atasan dan macam-macam lagi la..bukan nak merungut tapi aku kesian dengan famili aku especially 2 orang permata hati anugerah Allah yg paling bernilai dalam hidupku...yang masih belum memahami masalah orang sekitar mereka.

Aku ni jenis bangsa yang sukar nak menguruskan emosi sendiri. Di ofis, aku masih boleh kontrol marah, masih boleh kontrol suara, dan masih boleh kontrol situasi..Cume sebab terlalu kontrol emosi di ofis, aku alami stress yang bile dah sampai kat rumah takleh nak kontrol dah.. pantang salah sikit mulalah nk melenting.badan pulak penat driving almost 1 jam++ dengan jammed nyer lagi mulalah emosi menguasai diri.

Aku faham anak-anak perlukan perhatian maklumlah seharian di tadika dan nursery..malam je baru boleh bermanja dengan mama n papa.tapi mamanya jadi singa garang la pulak..huhuhu...Aku perlukan masa untuk diri sendiri untuk mandi, makan , solat etc...kalau time papanya ada,aku takderlah penat sangat tapi sekiranya papa dorg outstation,mulalah aku rasa dunia aku sangat haru biru..dari celik mata subuh hari sampailah pejam mata nak tido di malam hari..sangatlah hectic..huhuhuh.


Terima kasih pakcik google...

Camnerlah aku nak hilangkan stress kat tempat kerje ni ek?Rasa stress ni amatlah mengganggu emosi aku seharian.Rasa macam sekarang jugak aku nak hantar surat cuti tanpa gaji untuk 3 tahun!!!so nape tak hantar j kan?bukan takat cuti tanpa gaji tapi surat berhenti terus..tapi hellooooo....cukup k duit simpanan yang tak seberapa tu nak survive?dan cukup k duit gaji sorang bekerja?huhuhuu..sebab aku tau tak cukuplah makan sampai sekarang tak mampu hantar surat cuti tanpa gaji....dari hujung taun lepas lagi aku berhajat nak bercuti panjang tapi sampai sekarang tak dapat...ada je halangan yang datang..uhuk...sampaikan cuti tahunan tahun lepas masih berbaki 23 hari...banyak tu.....bukan bermakna aku tak cuti tahun lepas tapi banyak ambil mc.bukan tanak guna cuti tapi malas nak bersoal jawab dengan boss.cuti lebeh 2 hari sebulan pun bising..camner aku tak stress????cuti banyak tapi sukar nak guna.bukan tak boleh guna tapi SUKARRRR..

Kemuncak stress aku dengan boss minggu lepas sampai aku hilang hormat pada boss aku tu..Siap boleh tengking boss ...hohoho..entah dari mana la keberanian aku tu datang. Bile dah kiter rasa teruk sangat dan emosi takleh dikontrol langsung,begitulah jadinya..Susah aku nk jadi manusia yang selalu "YESS BOSS"...mmm...taknak cerita pasal boss dah...terbayang muka dier buat aku makin stress...muahaha..

Yang buat aku terkilan sebab anak-anak dan suami turut terkena tempias stress aku tu..Bile dah serabut sangat, aku rasa kepala mula berat,dada rasa macam nak pecah...kadang-kadang terasa nak menjerit macam halilintar je...Tapi alhamdulillah sampai ke saat ini, aku masih boleh menahan diri dari memukul anak-anak..paling-paling pun libas dengan kain tuala j lah...haiiiih...maghrib je macam ada tarzan kat dalam rumah aku tu..mana mak nak tahan...nak mandi berdua tapi bile dua2 dalam bilik air,mulalah melalak..kalo adik tak buat abang,abang yg buat adeq...air mandi meleleh2 kelua . r sampai ke lantai dapur..stress mak nak oiii....dah kemuncak sabar mak dorg ni,mulalah mak tarzan amik alih.bersahut-sahut suara orang menjerit...lagi mak stress...huhuhu...



seperti halilintar mebelah bumi...thank you again pakcik google

Marah dengan en somi takpelah gak sebab masing-masing dah tua..en somi dah faham sangat isterinya ni memang pemarah dan pembebel...dah penat marah nanti dier tanya la aku kt ofis duk pedam perasaan tak puas hati dengan sapa..seb baik member faham yang aku nih tengah stress dengan orang lain..so ada give n take.tapi kadang-kadang member tak tahan jugak dengan bebelan aku,bergaduh la jugak.maklumlah lagikan lidah pun tergigit ..ye dok..huhuhu..

owh..nampaknya entry ni makin menjela panjangnya...have to stop here.kalo tak lagi banyak aku merapu yang entah pape pulak nanti..

Kesimpulannya sekarang ni AKU TENGAH STRESS sebab terpaksa uruskan anak-anak dan rumah berseorangan sebab en somi outstation for almost 2 weeks. terpaksa tido lambat sediakan barang-barang budak berdua nak bawak gi sekolah nursery n nak iron baju gi ofis dan bangun awal-awal uruskan ammar nak pegi sekolah.kalo dulu angkat j time tengah tido tapi sekarang abang ammar wajib dimandikan dahulu.Lain kali la aku cerita pasal sekolah ammar dan amni...entry ni tak sesuai nak selitkan cerita pasal sekolah anak-anak syorga tu....adios

Tuesday, January 22, 2013

FACEBOOK!!!

Sakit jiwa melayan anak-anak didik yang tak makan saman macam mencurah air ke daun keladi..Sedari awal bermula semeter aku dan warning awal-awal aku tak suke aktviti berfacebook yang keterlaluan dalam kelas.even dah siap keje pun tolonggggla berpada-pada di depan aku..mean,cover la sikit..jgnla gelojoh sangat sampaikan aku berdiri di sebelah pun buat macam takder j...

Sebelum ni, laman faebook diharamkan di kolej kami. Diblock terus oleh server. owh..puan suzila sangat genbira even staf  pun tak boleh bukak fb jugak. i tak kisah. u block pc, i masih boleh berjimba dengan telefon kesayangan janji students tak bukak fb dalam kelas. Tapi atas arahan pengurusan tertinggi kolej, laman facebook diarahkan dibuka kembali untuk kemudahan penyebaran maklumat dari pengurusan tertinggi kepada keseluruhan pelajar.ohhh..pegawai-pegawai semua nak sampaikan info tru fb rupanya...nak jimatkan masa dan kertas la agaknya. tak payah telefon dan tak perlu faks la kut...tapi dorang tak sasarkan penyampaian maklumat tu kepada staf sahaja.matlamat utama adalah penyebaran maklumat kepada palajr-pelajar kolej komuniti seluruh Malaysia. Siap wujudkan PEGAWAI facebook lagi u. berdebar-debar rasanya bila memikirkan macam manala nak handle students dalam kelas dari melayari facebook untuk suka-suka...halahai.....staf pun susah nak handle,apalagi la students kolej komuniti.huhuhu...

Ada baiknya matlamat tu TAPI pelajar Kolej Komuniti banyak yang telah menyalahgunakan kemudahan yang telah diberikan.Berapa kerat sangat la yg alert dgn info dari pihak pengurusan tu..selebehnya chatting n surfing sajala...

Tuhan aja la yang tau betapa sakitnya hati dan rasa macam nak luku-luku,nak lipat-lipat dan nak sumpah seranah j budak-budak ni..tapi SABARRRRR je lah yang mampu aku buat. Budak dah besar..cakap lebeh-lebeh karang tarik muka 14 pulak....DUGAANNNNN..Agaknya macam ni la tutor FTSM(TH) dulu rasa bile dorg demo kat depan, aku kat belakang asik la dengan Friendster..ehh...tapi aku takderlah kurang ajar macam students aku sekarang..main friendster time tutor sibuk kat depan j..tutor datang jenguk, aku buat keje la...heheheh

Ya..aku tau masih ramai lagi di luar sana yang punya masalah, dugaan dan cabaran yang lagi hebat persis mengundang pengorbanan jiwa dan raga..aku faham masing-masing punya masalah yang tersendiri dalam melaksanakan tanggungjawab yang digalas. aku sendiri pun jarangggg sangat mengadu domba masalah dalam blog ni tapi kalini aku GERAMMMMM sangat-sangat....

KAMU-KAMU semua sudah berjaya membuat puan kamu masam mencuka pagi ni dengan sesi pembentangan yang entah hape-hape, hasil kerje yang tak siap dan lagi sadis..berfoya-foya dengan facebook while u didnt finish your homework because of FACEBOOK!!!OMG...mintak nyawa.......


ANGRY TEACHER in the class