Friday, October 4, 2013

Risau dan penat

Macam-macam cerita yang di dada akhbar buat aku risau...

Risau..
Aku risau melihatkan masalah remaja
Aku risau melihatkan masalah rumahtangga
Aku risau melihatkan masalah negara
Aku risau melihatkan masalah sosial
Aku risau melihatkan fenomena urban di negara sendiri

Aduhh..
Banyak rupanya bender yang merisaukan aku..
Tak hairanlah aku semakin stress,
Semakin tertekan,
Semakin serabut...

Penat...
Aku penat menguruskan kerjaya
Aku penat memikirkan penyelesaian
Aku penat mengambil hati
Aku penat merisaukan hati-hati di sekelilingku
Aku penat....

Ingin..
Aku punya keinginan
Inginkan keluarga bahagia,
Inginkan anak-anakku berjaya
Ingin keharmonian rumahtangga seiring dengan kerjaya
Inginkan masa yang banyak untuk ku luangkan bersama keluarga

Namun
Bagaimana mampu aku realisasikan segalanya
Aku membutuhkan masa
Aku tidak inginkan risau dan penat
Aku hanya mahu keinginanku dicapai....

Ya Allah..
Lindungilah anak-anakku dan keluarga
Agar terhindari dari perkara-perkara yang merisaukan aku...

-suzie-