Tuesday, July 16, 2013

SEADANYA...7 RAMADHAN

dah masuk bulan puasa ni, meriah betul gambar masakan samada di Facebook mahupun blog. seronok betul korang semua mengasah bakat memasak ye...member-member kat opis pun pakat duk tanya-tanya resepi sesama sendiri..ada yang menggoogle resepi-resepi dari alam maya. tak terkecuali saya. berkobar-kobar semangat nak masak...ekekeke

tapi dah seminggu berpuasa, hanya sekali saya masak menu utama untuk berbuka. kuih muih tu banyak kali la jgk.huhuhu..bukan sebab saya  tak nak masak tapi sebab perlu menunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa dan juga mentua. Bapa mertua saya baru jer meninggal sebulan yang lepas. jadi kami laki bini tak sampai hati nak tinggalkan ibu mertuaku berbuka berdua jer dengan adik perempuan husband saya. so banyak kali jgk lah kami berbuka di rumah nya. saya hanya sempat masak hari sabtu yang lepas j. tupun masak di rumah saya then terus berkejar balik rumah mertua. weekend sempat la masak di rumah pastu g rumah dier. tp kalo weekdays, mmg tak sempat. saya sampai rumah pun dah pukul 615pm.

lagi membuatkan saya hilang mood nak masak sebab husband kene outstation pulak hari ahad lepas iaitu hari puasa ke 5 yang lepas. tambah lg saya tak puasa. lagilah malas nak masak...tapi walaupun saya tak masak, saya tak pernah pegi mana-mana bazar ramadhan lg tahun ni...hehehe...sebab macam dah serik tiap-tiap tahun pergi makanan yang dibeli tak pernahnya sedap..dah la mahal, sedapnyer tak langsung..so baik la saya menapak ke rumah depan..save masa dan tenaga...heheheh....husband balik hari jumaat ni. bolehla saya google lg resepi utk eksperimen ari jumaat nanti...masak banyak-banyak, bawak pi rumah mertua...baru lah meriah dan berselera sikit makan ramai-ramai ye dok...hehehe..

maaf la, takder gambar masakan....kuih muih yang dimasak pun tak snap gambar. manakan sempat nak bergambar, tutup j api gas tu, angkat hidang terus azan...huhuhu

No comments: